Popular Posts

Monday 15 June 2020

SALAM PKPP 2020

Salam PKPP 
Walaupun ramai sifu-sifu fig telah beralih arah kepada tanaman lain seperti anggur dan lain-lain tanaman baru namun ramai juga biginer2 yang baru berjinak-jinak dengan fig ingin mencuba memulakan tanaman fig ini.Teruskan niat anda semoga bahagia dan gembira dengan hobi anda...tiada salah asal berfaedah bagi diri kita..kipidap.

Friday 13 January 2017

RACUN SERANGGA ORGANIK

Tidak perlu memikirkan jenis racun kimia yang dibeli, bagaimana untuk menyimpan di tempat selamat, serta cara yang betul menggunakannya. Cuba anda fikirkan kesan dan akibat salah penggunaan bahan kimia ini.

Konsep yang saya ketengahkan disini adalah mencegah lebih baik daripada merawat.

Berikut adalah jenis-jenis serangga perosak tanaman yang biasa kita jumpa di tanaman:-

Serangga Jenis Mengunyah
  1. Kumbang
  2.  Belalang
  3. Kupu-Kupu
  4. Ulat Bulu
  5. Siput
  6. Lintah Bulan
Serangga Jenis Menghisap (Pembawa virus dan penyakit)
  1. Aphis @ Aphid @ Kutu Daun
  2. Koya
  3. Pianggang
  4. Kutu Thrip
  5. Kulat Putih @ Hamama
Penyediaan Larutan Stok
  • 1 liter air
  • 1 sudu besar minyak masak/ minyak sayur
  • 1 sudu besar sabun basuh
  • 4-6 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cara Penyediaan

1. Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air
2. Tumbuk 4-6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi
3. Setelah dikacau, tapiskan
4. Untuk penyemburan : campurkan 1 bahagian larutan stok dengan 4 bahagian air (1:4)

Bagi serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cilia api (hancurkan) atau lada hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak lestari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang biasa saya nasihatkan kepada suri rumah atau penggemar lanskap dalam kuantiti yang sedikit. Selain daripada itu, ekstrak tumbuhan lain bagi tujuan kawalan serangga dalam kuantiti yang besar adalah:-

Ekstrak Bawang
Kawal penyakit reput antraknos pokok cili serta hawar cili. Hancurkan 50 gram bawang dalam 1 liter air. Tapis dan semburkan pada pokok.

Campuran Minyak Kayu Putih (Tea Tree Mixture)
Untuk mengawal penyakit lecuh pangkal. Campur 5ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).

Ekstrak Halia
Untuk mengawal penyakit kulapuk. Kisar 20 gram halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu.

Ekstrak Daun Neem (Semambu)
Untuk kawalan vektor seperti kutu daun, trip dan lalat putih. Campurkan 2 Kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30 gram sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. (hasilnya dalam bentuk serbuk). Gunakan mengikut nisbah 1:3- jika anda membuat patinya sebanyak 1 liter maka campurkan dengan 3 liter air dan semburkan ke pokok.

Ekstrak Bawang Putih
Juga untuk kawalan vector seperti kutu daun dan trip serta lalat putih. Campurkan 100 gram bawang putih (dicincang) dalam 500 ml air

Tambahkan 10ml minyak masak dan 10gram sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan bersama air dengan nisbah 1:200. contohnya jika kita menggunakan 10ml ekstrak pati campurkan dengan 2000 ml air (2 liter).

FURADAN ORGANIK..

FURADAN ORGANIK

Furadan (nama pasaran untuk CARBOFURAN) merupakan racun sintetik sentuh dan sistemik (diserap melalui akar hingga ke bahagian tumbuhan yang lain), banyak diapliaksikan untuk membunuh serangga perosak dalam bentuk larva dan dewasa, nematod, semut serta perosak yang lain.

Namun,  penggunaan furadan sistetik ini juga memberi kesan kepada manusia kerana kesan furadan (sama ada banyak atau sedikit) masih kekal pada tanaman dan hasil tanaman walaupun penggunaannya dihentikan pada sekitar 75 hari (atau lebih) sebelum memungut hasil tanaman.
Bagi menggantikan penggunaan furadan sintetik pada tanaman, berikut adalah kaedah menghasilkan furadan organik (sesuai untuk tanaman sekitar rumah)

Bahan furadan hanya menggunakan tiga bahan utama, iaitu buah jering, belerang, dan pasir. Cara pembuatannya mudah:
  1. ambil 10 biji buah jering (diambil isi jering) dikisar, diparut atau ditumbuk halus
  2. masukkan jering yang telah dikisar, diparut atau ditumbuk halus ke dalam bekas/ besen 
  3. tambahkan 4 camca/ sudu teh belerang/sulfur
  4. tambahkan 6 cawan pasir halus
  5. gaulkan bahan tersebut hingga sebati
  6. tutup bekas/besen dengan pembalut plastik/ wrapper dan simpan di tempat kering selama 1 minggu
furadan organik boleh digunakan dengan mencampurkan dengan tanah untuk tujuan pemasua

NEMATOD

NEMATOD



Pendahuluan
Nematod adalah sejenis haiwan intertebrata. Sebahagian daripada spesies nematod boleh hidup dalam tanah atau tumbuhan dan sebahagian lagi hidup di dalam air. Nematod hidup dalam tumbuhan dengan memakan kandungan sel-sel akar, batang dan daun. Beberapa spesies nematod pula menjadi vektor kepada virus. 

Nematod hadir dalam hampir setiap jenis tanah dan yang membezakan mereka adalah sama ada mereka menjadi perosak atau tidak kepada perumah pilihan merena, iaitu tanaman yang semuai untuk mendapatkan makanan.

Kerosakan dan Simptom
Secara amnya, nematod menyebabkan kerosakan fizikal ke atas akar, batang atau daun.

Simptom kerosakan pada organ-organ ini biasanya berbentuk lesion, puru dan kehitaman. Keseluruhan pokok nampak kurang sihat dan kelihatan seperti kekurangan zat makanan. Dalam keadaan kemarau atau tegasan yang lain, tanaman menjadi mudah layu. Selain daripada kerosakan fizikal secara langsung, nematod juga mengalakkan jangkitan pathogen-pathogen lain seperti bakteria dan kulat. Sebagai contoh, nematod puru akar iaitu Meloidogyne incognita bersaling tindak dengan Fusarium solani dan seterusnya mengakibatkan kerosakan yang teruk pada tanaman tembakau.

Tanaman yang diserang oleh nematod pada amnya menunjukkan simptom-simptom yang berikut:
  1. Kadar pertumbuhan yang lambat
  2. Klorosis pada daun
  3. Daun mudah gugur dengan banyaknya
  4. Terbantut
Kadar kerosakan pada tanaman jangka panjang agak lambat. Kesan daripada serangan ini lebih ketara jika pokok itu berada di bawah tegasan (under stress) seperti ketika musum kemarau (kering) yang panjang.

Pokok durian yang diserang semasa di dalam keadaan kekurangan air, akan mengalami peluruhan daun yang teruk, mengakibatkan dahan menjadi tidak berdaun dan yang tinggal hanya pucuk-puck jemala pokok. Jika hujan kembali turun, daun akan tumbuh pada bekas-bekas ranting buah.

Kerosakan dari segi merosotnya kualiti dan pengeluaran hasil lebih ketara pada tanaman pisang. Tandan menjadi kecil dengan bilangan sisir dan buah yang semakin kurang.

Simptom penyakit dan kerosakan di permukaan tanah menggambarkan sistem akar yang telah rosak. Pembentukan puru akar pelbagai saiz adalah akibat dari kesan serangan sejenis nematode iaitu Meloidogyne sp. Jika serangan tidak serius puru kelihatan hampir serupa dengan nodul (bintil) yang terbentuk daripada aktiviti bakteria peringkat Nitrogen pada akar perumah. Pada tanaman perumah yang sangat mudah diserang (susceptible) nematod seperti jambu batu dan cili, pembentukan puru boleh mencacatkan akar sehingga ia menjadi reput, bergabus, berwarna hitam dan tanpa akar serabut.

                                    AKAR FICUS YG KENA SERANGAN NEMATODE

Walau bagaimanapun, serangan spesies nematod yang lain mengakibatkan simptom yang kurang jelas misalnya, tanaman durian yang diserang oleh Xiphinema sp. menunjukkan pertumbuhan yang lambat, akar menjadi pendek dan tebal (stubby) kerana proses pemanjangannya terhenti. Dalam kes serangan nematod Pratylenchus sp. pula, terdapat luka (lesion) di akar yang menyerupai luka-luka yang disebabkan oleh alat-alat mekanikal pertanian atau seperti tanda serangan kulat.

Kaedah-kaedah Kawalan
Prinsip pengurusan perosak bersepadi haruslah diutamakan dalam pengawalan nematod. Aras populasi nematod dalam tanah atau anak benih hendaklah dipastikan sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengelakkan pembaziran bahan dan pencemaran alam sekitar.

1. Kaedah Kawalan Kimia
Bahan-bahan bersifat wasap (fumigant) boleh digunakan untuk memusnahkan populasi nematod di dalam tanah. Keadaan tanah yang berstruktur dan agak kering amat perlu untuk mendapatkan kesan pengwapan yang baik. Bahan pewasap ini berbentuk butiran atau cecair. Di antara bahan-bahan yang terbukti sesuai dan baik ialah fenamiphos dan karbofuran.

Keupayaan karbofuran dan fenamifos untuk mengawal nematod didapati berbeza. Fenamifos (contoh: Nemacur) sejenis racun fosfat yang mengikut enxim asetilkolin-esterase di dalam sistem saraf nematod secara tidak bertimbalbalas (irreversible) sementara karbofuran iaitu sejenis racun karbamat (contoh Furadan), mengikut enzim tersebut secara berbalik (reversible) (Spurr 1985). Furadan digunakan pada kadar 50-60 g/pokok. Manakala Nemacur pula pada kadar 20-25 g/pokok. Manakala Nemacur pula pada kadar 20-25 g/ pokok dengan kekerapan 4 bulan/rawatan.

2. Kaedah Kawalan Fizikal
Satu daripada contoh kaedah ini ialah rawatan air panas. Kaedah ini sesuai untuk anak benih seperti sulur tanaman pisang. Pada suhu dan tempoh yang sesuai, nematod dalam akar dan umbi pisang boleh dimusnahkan sebelum menanam. Sulur pisang boleh direndam dalam air bersuhu tetap 55 darjah celsius se;ama 15-20 minit. Populasi nematod merosot dengan ketiadaan tanaman perumah tetapi beberapa peratus daripadanya boleh hidup dengan bergantung kepada keadaan persekitaran. Umpamanya pada tanaman padi, pembajakan yang lama dan dalam boleh mengurangkan H. oryzae tetapi perlu dilakukan dalam keadaan 12 bulan berkeadaan basah dan masa yang lama lagi diperlukan bagi keadaan kering. Pengurusan rumpai yang baik boleh mengurangkan populasi nematod sewaktu ketiadaan padi dan semasa pertumbuhan tanaman yang lain.

3. Kaedah Kawalan Biologi
Kaedah ini masih memerlukan banyak kajian dan percubaan. Namun beberapa organism, sepertiBacillus pentrans (sejenis bacteria) dan Paecilomuces lilacinus (sejenis kulat) berupaya memparasit dan mengurangkan populasi nematod puru akar dalam tanah.

4. Kaedah-kaedah Kawalan Lain
Kaedah-kaedah ini termasuklah penggunaan varieti yang resistan kepada serangan nematod, penggiliran tanaman, penggunaan bahan-bahan organan seperti najis haiwan dan sisa cengkerang atau membiarkan tanah tanpa tanaman yang rentan kepada nematod dan sebagainya.

Penggunaan Tagetes spp Kultivar Harmony dan Harmony
Selain menggunakan kaedah-kaedah yang tersebut di atas, penggunaan Tagetes spp. atau bunga Tahi Ayam boleh mengurangkan aras populasi nematod di dalam tanah. Antara spesies nematod yang dapat dikawal adalah Pratylenchus, Meloidogyne, Tylenchorynchus, Rotylenchus, Helitylenchus dan nematod ektoparasit iaitu Ditylenchus dan Aphelenchoides. Kandungan kimia di dalam akar bunga ini iaitu Thiopene bertindak sebagai racun yang mempunyai prinsip nematisid yang boleh membunuh nematod. Pratylenchus yang memasukki akar akan mati dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh ia memasukki akar itu. Walau bagaimanapun, pada Meloidogyne ia hanya mempunyai kesan racun kepada nematod itu dalam masa tiga hingga empat minggu selepas memasuki akar. Oleh itu, disyorkan menanam bunga Tahi Ayam ini di sekeliling ladang atau antara barisan pokok atau diselangselikan dengan jarak 60 cm antara tanaman ladang.

Antara kultivar yang mempunyai kesan keracunan terhadap nematod ialah Tagetes patula, Tagets erecta dan Tagetes minuta. Walaupun kaedah ini tidak mempunyai nilai komersial kepada petani, tetapi kesannya terhadap aras populasi nematod di dalam tanah amat berkesan selain daripada mencantikkan pemandangan di sekitar kawasan. Di samping itu, ia tidak mempunyai kesan sisabaki racun dalam tanah dan secara tidak langsung membaiki udara persekitaran.

Thursday 22 December 2016

BOOSTER UNTUK TANAMAN ANDA

Mudah sangat buat Booster ni..cuma perlu teliti je.

Mari kita kongsikan...Bahan2nya ialah:

1.Roti yg masih elok
2.Ayo tanpa klorin(air) contoh ayor hujan,ayo sungai dll..ayor paip boleh juga tapi dedahkan pada cahaya matahari seharian dulu utk menghilangkan klorin baru guna.
3.Bekas berpenutup contoh botol mineral.

Sukatan: 1keping Roti:1.5 lit ayor(air)

PENAPAIAN:Minima 4hari ditutup rapat dan buka penutup selepas 3hari untuk melepaskan gas penapaian yg terhasil.(7hari paling efektif)-simpan ditempat gelap

Proses siap.

Mudahnya...
  
CARA GUNA;
SEMBURAN ATAU SIRAMANANGGARAN 100ML 3X SEMINGGU
100ml bersamaan 1 penutup botol mineral campur air 1000ml /1:


Nota:Sebaiknya guna dlm tempoh 14hari kerana bakteria sgt aktif.Tapi boleh tahan hingga setahun jika disimpan dgn syarat setiap 6bulan dicampur dgn gula merah sbg makanan kpd mikrob.

KENAPA ROTI?
Penapaian roti untuk menghasilkan bakteria baik menggunakan air secara terkawalatau efektif mikrob yang membantu merencatkan bakteria jahat/patogen yg ada dlm tumbesaran tanaman.

FUNGSI DAN KEBAIKAN:

1.MENGIKAT NITROGEN DAN MEMPERCEPATKAN PEREPUTANBAHAN ORGANIK DAN MENGHADIRKAN NUTRIENT DLM TANAMAN.

2.MENGGALAKAN PERTUMBUHAN TANAMAN,PEMBUNGAAN DAN BUAH.


3.MEBINA ANTIBODI DAN KETAHAN TERHADAP SERANGAN PENYAKIT DAN SERANGGA PEROSAK TANAMAN.


4.MEMPERBAIKI FIZIKAL,KIMIA DAN BIOLOGICAL TANAH.


5.MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN PUCUK BARU.


6.MENINGKATKAN BAHAN ORGANIK SEBAGAI BAJA.


7.MENGGANDAKAN PENGELUARAN HASIL DAN BERQUALITI SECARA OPTIMA


hah apa lagi cubalah....





Wednesday 9 November 2016

MEMBUAT BAJA MUDAH DGN SISA DAPUR

ALAT YG DIPERLUKAN:

3 bekas tong drum atau seumpama yg bertutup

Bekas A> Larutan masin:
cebisan syur-sayur kulit buah dicampurkan dalam air bersih dan campur garam.(SIMPAN 4 HARI)

Bekas B> Tauhu,Tempe dan gula merah.Boleh tambah cendawan atau dadih campur air(SIMPAN 4 HARI)

Bekas C> Sekam Padi dan Dedak ayam

Kedua larutan A dan B dicampur kepada bekas C dan simpan atau peram 2 hari.Jika berlaku penapaian(panas) bemakana proses baja  anda berjaya.Sila tambah nasi basi,sisa sayur dan sisa buah2an dan daging selang beberapa hari gaul dan buka penutup supaya berlaku pengudaraan.ada baiknya jutup dengan kain jarang supaya tikus dan binatang lain tidak mengganggu proses ini.mudah sgt kan...cubalah.

SISA DAPUR JADI BAJA....
 



Tuesday 8 November 2016

SEMAIAN PUCUK MUDA TIN

                                           PUCUK MUDA
                     SELEPAS SUNAT POKOK JGN BUANG
                               AKAR KERAS
                                   SEMAIAN ONE NODE
                               SEMAIAN ADA PUTIK
                          SEMAIAN BATANG HALUS
                         SEMAIAN RANTING KECIL
                    SEMINAR PERTAMA PERAK FIGGERS
                       SIFU TIN PERAK MALIK YUSOF

                            SIFU PERAK FIGGERS-ATIE



                                              ST JAROME

                                          SIFU PERAK FIGGERS
                                  ST JAROME
       

                                        
                                                 blogger
            BLOGGER BERSAMA SIFU MALIK YUSOF
              BLOGGER BERSAMA SIFU PERAK FIGGERS
                  COK ANAN KEPUNYAAN BLOGGER-UMUR 4BLN
                          4 BULAN SUDAH BERBUAH
                    ANTARA KOLEKSI BLOGGER
                         SI BIBIR MERAH
                        CONTOH RACUN KULAT
                          TANAMAN ANGGUR TN MALIK YUSOF
                                    BERBUAH LEBAT
                                     ZOOM BUAH ANGGUR
                          ANTARA KOLEKSI BELIAU
                                      BUAH HAMPIR MASAK -MENUNDUK
                                               SUDAH MASAK
                             LISSA BUAH  SAIZ SEDERHANA
                                               LISSA
                                  BO JI HONG
                                      BJH
                                       BJH
                                   MANIS
                                     BELUM CUKUP MASAK
                            DURIAN TELO BUAYA
                               RASA OK
                             TAK HABIS MKN SEBIJI
                           DURIAN D24
                            BUKAN PISAU MENOREH GETAH
                          TERSENYUM
                         BT RAJIN BERBUAH
                                   BT
                                      BT
                       BT YG BELUM RANUM
                    GAMBAR PEJUMPAAN PERTAMA PF DI SRI ISKANDAR30.5.2016







                  TANAM CAMPAK2 TEPI PAGAR BELAKANG RUMAH
                  BESAR GEDEBAK

ppn -tn hj azmi
                 KEHADIRAN PPN -TN HJ AZMI
  














                                        ajk PF
                                          1st design