Popular Posts

Saturday 30 July 2016

MENYEMAI KERATAN

Teknik menyemai keratan batang

Bagi saya teknik menyemai keratan batang adalah agak rumit dan memerlukan pengalaman dan skil yang tertentu.  Walau bagaimana ianya sangat teruja apabila teknik ini dapat dimantapkan sesorang.  Bagi yang mahir teknik adalah kaedah yang termurah untuk menghasilkan anak benih kerana kos keratan adalah jauh lebih murah berbanding dengan anak semaian dalam polybag atau anak tut. Proses pembelian juga lebih mudah kerana urusan penghantaran boleh dibuat melalui pos sahaja.  Bagi mereka yang telah mempunyai pokok induk yang sudah besar, teknik juga adalah cara yang termudah untuk menggandakan anak dengan menggunakan ranting hasil proses pemangkasan (pruning) yang dibuat.

Bahan-bahan asas yang diperlukan

Bahan asas yang diperlukan adalah seperti berikut:

1.  Bekas semaian keratan - bekas semaian yang terbaik ialah cawan plastik (telus cahaya)

2.  Bahan perawat pokok (plant dressings) atau lilin

3.  Media yang bersesuaian (penggunaan media adalah bergantung kepada pengalaman masing-masing).  Saya guna campuran Perlite (40%) + Cocopeat (30) + Peat Moss (30%)

4.  Bahan penggalak pertumbuhan seperti B1

5.  Racun pencegah kulat.  Apa-apa racun pun boleh.

6.  Kotak pengwapan (boleh guna bekas plastik atau polystyrene).  Saiz bekas hendaklah cukup dalam untuk menempatkan cawan & boleh ditutup rapat.

Kaedah

Langkah-langkah penyediaan semaian ranting adalah seperti berikut:

1.  Perkara yang terpenting ialah pastikan keratan yang akan digunakan hendak keratan yang cukup matang (bewarna perang dan saiz melebihi 1 cm garis puast), sihat (tiada jangkitan penyakit, perosak atau kerosakkan fizikal)

2.  Potong keratan tersebut dengan mempunyai 5-6 mata tunas (3 matas tunas untuk semaian dalam media dan dua mata tunas untuk pertumbuhan pucuk). Pemotongan hendaklah dibuat dengan scatier yang tajam agar potongan bersih (clean cut) dapat dihasilkan.

3.  Rawat bahagian atas keratan dengan bahan perawat keratan (plant dresser) atau lilin untuk mengurangkan kehilangan air dari batang dan untuk mengelakkan dari jangkitan penyakit dan serangan perosak.

4.  Rawat bahagian yang keseluruhan keratan dengan racun kulat (tidak perlu jika tiada masalah dengan kulat)

5.  Rawat bahagian yang ingin disemai dengan bahan penggalak akar seperti B1 dan Akuaroot

6.  Simpan dalam dalam bekas pengwapan & letakkan ditempat teduh

7.  Pantau secara berkala takut ada jangkitan kulat.  Jika ada, guna racun kulat atau hydrogen peroxide (H2O2)
Bersama ini saya kongsi satu teknik yang dikongsi oleh  ต้นไผ่ หนองไร่‎ yang dipost dalam Growing Figs
(gambar ikhsan tin oh tin.)

1) Lobang dibuat pada bebola / bunjut cocopeat

2) Bebola cocopeat yang telah dibuat lubang


3) Buat torehan disekeliling pangkal yang akan disemai

4). Sapu dengan rooting hormon & masukkan
kedalam bunjut melalui lubang yang telah dibuat

5).  Sedia untuk disemai


6) Pasir kasar untuk semaian didalam
bekas yang boleh ditutup rapat


7). Tanam didalam pasir yang telah disediakan


8).  Timbus bonjot dengan pasir & siram

9). Tutup dengan plastik telus cahaya bagi
memudahkan untuk membuat pemantauan

Catatan

1.  Disini bonjot yang dibalut pada keratan ialah cocopeat (bersama fibre).  Bonjot ini dibuat bagi memudahkan pemindahan keratan yang telah berakar ke dalam polybag nanti.

2.  Saya berpendapat Jiffy pot boleh digunakan menggantikan bebola cocopeat ini.

3.  Semua caption yang diberi adalah atas kefahaman saya sahaja.

cara lain juga yg boleh dikongsikan disini:

CUTTING GUNA 100% PEATMOSS

1.Rendam keratan dalam racun kulat selama 2-3jam
2.Selepas ditoskan rendam pula dengan larutan B1/citosan selama 5-6jam (2-5ml b1:1litre air tanpaklorin)
3.Toskan dan semai keratan dlm cup dgn keadaan sendeng supaya ada udara masuk dri bawah cup.
4.peatmos sekadar lembab dan sungkup tampa siram sehingga proses hardening.
jika perlu hanya mist spay untuk kelembapan.

No comments: