Popular Posts

Sunday 17 July 2016

Penggunaan tin sebagai penawar semula jadi:

Penggunaan tin sebagai penawar semula jadi:
1. Disyorkan kepada orang yang mengalami kekurangan zat besi (anemia) untuk menambahkan buah tin di dalam diet mereka kerana buah tin merupakan sumber zat besi yang baik.
2. Buah tin disyorkan untuk orang yang mengalami masalah penghadaman, kerana ianya memperbaiki sistem penghadaman, dan digunakan sebagai julap semulajadi disebabkan oleh kandungan serat yang tinggi. Rendam buah ara kering di dalam air untuk beberapa jam, kemudian minum air dan makan buahnya.
3. Buah tin digunakan untuk menghilangkan toksin, dan dianggap sebagai salah satu makanan yang mempunyai pH paling beralkali, ianya mengimbangi keadaan tubuh berasid akibat daripada memakan makanan daripada daging dan makanan yang diproses.
4. Buah tin, terutamanya buah tin kering, kaya dengan kalsium yang merupakan salah satu komponen yang paling penting dalam menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.
5. Sangat bermanfaat untuk merawat ketuat. Susu getah pokok tin mengandungi sifat-sifat anti virus, sapukan pada ketuat dua kali sehari dapat membantu untuk menyembuhkan ketuat.
6. Minum rebusan buah tin membantu melegakan batuk kering, asma, sakit tekak, dan membantu untuk menghilangkan kahak yang berlebihan. Rebus satu atau dua buah tin dengan setengah cawan air untuk beberapa minit, dan minum air rebusan beberapa kali sehari.
7. Buah tin membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan kalium (potassium) yang tinggi, sejenis mineral yang membantu untuk mengawal tekanan darah.
8. Teh daun tin pula boleh mengurangkan pengambilan insulin oleh penghidap kencing manis. Rebus daun tin selama 10-15 minit dan jadikan minuman semasa sarapan pagi. InsyaAllah apabila berjumpa doctor pada kali yang seterusnya, doktor akan menasihatkan dos insulin dikurangkan dari masa ke semasa. AMARAN! Dos insulin harus mengikut nasihat doktor. Jika tahap kencing manis anda sudah berkurangan pasti doktor yang bertauliah akan mengurangkan dos insulin anda.
9. Kesihatan jantung – Daun tin membantu menstabilkan paras trigliserida di dalam tubuh anda. Apabila paras trigliserida anda terlalu tinggi, kemungkinan mendapat serangan jantung atau strok adalah lebih tinggi. Buah tin juga mengandungi Omega-3, Omega 6 dan sebatian phytosterol, yang membantu menurunkan kadar kolesterol. Gentiannya juga mengikat kolesterol, membantu untuk menyahkan ia dari badan anda.
selamat mencuba...rujuk pakar berkaitan masaalah anda.wallahuaklam...

No comments: