Popular Posts

Sunday 7 August 2016

BAJA ORGANIK FISH AMINO ACID DARIPADA SISA IKAN

BAJA ORGANIK FISH AMINO ACID DARIPADA SISA IKAN

Baja FISH AMINO ACID atau FAA ini dihasilkan melalui kaedah fermentasi hasil sisa buangan ikan yang terdiri daripada perut, insang dan isi ikan.
Baja ini sesuai digunakan untuk tanaman komersial atau pun tanaman hobi atau hiasan di rumah.
Bahan – bahan ini lebih dikenali sebagai Fish Amino Acid (FAA). Baja ini turut mengandungi kandungan nitrogen yang tinggi.
Dalam bahasa hijau, baja ini adalah baja natural farming, yang sangat popular di Korea.
Tempoh penghasilan baja ini adalah 6 bulan sehingga setahun (bergantung kepada kuantiti bahan) atau sehingga baunya ok dan enak.
Baja ini juga tahan lama sekiranya disimpan dengan elok.
Baja ini mudah disedia serta menjimatkan kerana menggunakan bahan – bahan terbuang.
Baja FAA ini juga mudah diserap oleh akar dan liang daun semasa peringkat pertumbuhan.
Jom kita lihat cara membuat baja FAA ini.
Bahan – bahannya:
a) 1 kg gula merah / molases
b) bekas plastik atau kaca berpenutup (atau kertas dan tali)
c) 1 kg sisa ikan
Cara – cara:
1. Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi
2. Campurkan bersama gula merah atau molases pada kadar nisbah 1:1
3. Masuk ke dalam bekas dan labelkan tarikh dibuat serta tutup dengan penutup. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Baja ini siap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FAA.
Kaedah penggunaan:
1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.

Baja Foliar Mudah

Kali ini kita nak belajar buat baja foliar secara mudah dengan menggunakan baja ab fertigasi. Pemberian baja Foliar ab kepada tanaman dapat membantu pertumbuhan dan meningkatkan hasil tanaman. Baja foliar ab ini sesuai digunakan kepada tanaman fertigasi dan konvensional.
Cara-cara:
1) Sediakan dan larutkan komponen baja ab ke dalam tong stok.
2) Bancuhkan ab ke dalam air dengan mendapatkan bacaan EC di antara 1.6-1.8 uS.
3) Spray ke tanaman fertigasi atau konvensional
4) Jika anda menanam secara fertigasi, gunakan sahaja ab yang ada. Jika anda ada baja ab cili, gunakan baja ab cili sebagai foliar.
5) Foliar baja ab sememang telah diuji keberkesanannya pada tanaman cili fertigasi dan bendi konvensional. Penggunaan foliar baja ab pada tanaman tersebut terbukti menggalakkan pertumbuhan dan meningkatkan hasil pada kedua-dua tanaman tersebut.
6) Foliar baja ab mengandungi segala unsur makro dan mikro nutrien yang diperlukan oleh pokok.
7) Kekerapan semburan foliar ab ini yang disyorkan adalah seminggu sekali. Manakala waktu yang sesuai untuk melakukan semburan adalah pada awal pagi sebelum pukul 10am atau lewat petang selepas pukul 5pm.
8 ) Walaubagaimanapun foliar baja ab ini mempunyai beberapa kekurangan. Kekurangan utama foliar baja ab ini adalah ia mengandungi banyak makro nutrient atau dalam bahasa mudah banyak unsur besar. Makro nutrient ini akan melambatkan kadar penyerapan baja ab oleh stomata daun.
9) Kekurangan kedua adalah kita akan mudah terlebih bagi baja pada tanaman. Dimana kelebihan nutrient atau baja pada tanaman tidak akan memberikan/meningkatkan hasil tanaman tetapi hanya akan meningkatkan kos kita, terutama pada tanaman secara fertigasi. Tetapi jika penggunaannya betul, kita dapat menggurangkan kos baja sebanyak 80% terutama pada tanaman fertigasi!

Membuat Booster Spray

Kali ini saya nak berkongsi cara-cara membuat booster spray bagi membuat correction nutrient defiencies atau dalam bahasa melayunya kekurangan nutrien pada tanaman. Caranya teramat mudah dan senang. Semuanya menggunakan komponen baja fertigasi yang mudah dapat. Booster spray dapat membantu anda dalam membetulkan simptom kekurangan nutrien pada tanaman anda serta menjimatkan wang anda.
1) Pokok kekurangan kalsium:
– larutkan 10 gm calcium nitrate dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster
2) Pokok kekurangan Potassium:
– Larutkan 20 gm potassium nitrate dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster
3) Pokok kekurangan Magnesium:
– Larutkan 20 gm Magnesium Sulphate dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster
4) Pokok kekurangan Phospohorus:
– Larutkan 5 gm MKP dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster
5) Pokok kekurangan boron:
– Larutkan 0.5 gm boric acid dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster
6) Pokok kekurangan nitrogen:
– Larutkan 3 gm urea dalam 1 liter air untuk menjadikan stok booster
Cara penggunaan:
1) Bancuh 30-50 ml stok booster dalam 20 liter air
2) Semburkan pada pokok yang kekurangan nutrien. Stok booster bergantung pada simptom kekurangan nutrien pokok. Sebagai contoh, jika pokok kita menunjukkan simptom kurang boron gunakan booster boron.
3) Anda boleh google sahaja untuk mengetahuai ttg siptom kekurangan nutrian pada tanaman.
4) Waktu untuk melakukkan semburan adalah lewat petang atau seawal pagi.
Selamat mencuba!